Ahad, 4 November 2012

BIDANG TUGAS AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN KETUA BIRO LPS


BIDANG TUGAS
AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN KETUA BIRO LPS


1.             KETUA PELAJAR / PENGAWAS

1.1.           Menjadi ketua kepada semua murid di sekolah
1.2.           Bertanggungjawab menjaga disiplin murid
1.3.           Mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengawas Sekolah sekurang-kurangnya sekali sebulan
1.4.           Memastikan pengawas menjalankan tugas yang dijadualkan, termasuk menguruskan murid setiap pagi sebelum diserahkan kepada guru bertugas
1.5.           Membaca dan menerangkan kepada pengawas tentang Perlembagaan LPS.

2.             PENOLONG KETUA PENGAWAS

2.1.           Menolong ketua pengawas menjalankan tugas-tugasnya
2.2.           Memangku tugas Ketua Pengawas sekiranya ketua pengawas tidak hadir
2.3.           Mengendalikan perhimpunan pada setiap pagi secara bergilir-gilir dengan ketua pengawas

3.             SETIAUSAHA 1 DAN 2 / DATA

3.1.           Memastikan semua pengawas yang telah dilantik menganggotai LPS mengisi borang keahlian.
3.2.           Menyediakan jadual tugas bagi Lembaga Pengawas bersama AMT dan Ketua Biro
3.3.           Mencatat minit mesyuarat dan kehadiran serta menyerahkan 1 salinan kepada guru penasihat LPS bagi pengesahan
3.4.           Memastikan semua rekod pentadbiran pengawas difailkan dengan sistematik
3.5.           Memantau dan memastikan fail-fail setiap biro sentiasa kemas, berisi dan berada di rak Bilik Gerakan LPS
3.6.           Memasukkan dan mengemaskini data Merit pengawas dan menyediakan laporan setiap akhir bulan.
3.7.           Mengeluarkan surat Amaran, Gantung dan Lucut Jawatan pengawas mengikut arahan Guru Penasihat LPS.

4.             BENDAHARI

4.1.           Bertindak sebagai pengurus kewangan LPS dengan pemantauan dan persetujuan guru penasihat LPS
4.2.           Menyediakan sebuah buku lejar bagi memudahkan urusan keluar masuk duit
4.3.           Mengutip yuran keahlian LPS dan mengendalikannya dengan penuh amanah dan berhati-hati dibantu oleh Setiausaha
4.4.           Menyedia dan membentang laporan yuran keahlian terkini setiap kali mesyuarat LPS diadakan
4.5.           Mengemaskini fail keluar masuk duit pengawas pada setiap awal dan akhir penggal persekolahan
4.6.           Membentang laporan kewangan LPS pada mesyuarat perdana setiap sesi persekolahan baharu

5.             KETUA DISIPLIN

5.1.           Bertanggungjawab terhadap disiplin pengawas dan murid
5.2.           Melakukan rondaan pada waktu rehat berdasarkan jadual bagi memantau tugas dan disiplin pengawas
5.3.           Memastikan pengawas menjalankan tugas dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah
5.4.           Menyediakan laporan Disiplin LPS setiap minggu dan direkodkan di dalam fail Disiplin
5.5.           Memastikan laporan Disiplin Pengawas ditandatangani oleh guru penasihat LPS setiap minggu

6.             KETUA KECERIAAN

6.1.           Mengurus rancangan kebersihan dan keceriaan sekolah
6.2.           Memastikan bilik gerakan pengawas sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih
6.3.           Meronda kawasan sekolah dan bilik darjah bagi memastikan keadaan sentiasa bersih, ceria dan selamat.
6.4.           Memastikan lampu, kipas dan pintu kelas tertutup sewaktu pelajar keluar rehat dan bertanggungjawab mencatat kelas yang telah melanggar disiplin dan peraturan sekolah
6.5.           Menyediakan laporan dalam fail biro
6.6.           Memastikan kantin dalam keadaan bersih
6.7.           Menjadi tulang belakang dalam menjaga dan mengawal kebersihan sekolah ketika sesuatu aktiviti dijalankan.

7.             KETUA KESELAMATAN

7.1.           Memastikan keselamatan harta sekolah dan murid terkawal
7.2.           Memantau tempat – tempat murid melepak di kawasan sekolah
7.3.           Meronda kawasan sekolah berdasarkan jadual bertugas
7.4.           Membuat laporan harian dalam fail biro
7.5.           Memastikan murid menggunakan laluan yang dibenarkan sewaktu datang dan balik dari sekolah
7.6.           Menerima dan mencatat aduan gangguan / ancaman keselamatan pengawas / murid dan dilaporkan kepada Guru Penasihat LPS / Disiplin.

8.             KETUA ROHANI / KEBAJIKAN

8.1.           Memastikan kebajikan pengawas dijaga
8.2.           Menolong guru-guru sekiranya terdapat pelajar yang sakit
8.3.           Mencatat nama pengawas yang balik awal atau sakit
8.4.           Menyiapkan laporan setiap hari dalam fail biro
8.5.           Memastikan ketiga-tiga bendera telah dipasang di tiang serta pengawas yang bertugas menaikkan bendera sudah bersedia
8.6.           Menyediakan jadual pelaksanaan Program Bacaan Yasin dalam bentuk kumpulan dengan diketuai oleh seorang ketua.
8.7.           Melaksanakan program kerohanian / kebajikan / khidmat sosial untuk para pengawas.
8.8.           Mengetuai penglibatan pengawas dalam semua aktiviti kerohanian di bawah Panitia Pendidikan Islam dan AJK Surau.
8.9.           Memastikan harta pengawas mencukupi

9.             KETUA AKADEMIK

9.1.           Mengumpul dan menghantar keputusan peperiksaan mengikut tingkatan kepada Guru Penasihat LPS selewat-lewatnya 2 minggu selepas peperiksaan.
9.2.           Merangka program untuk meningkatkan akademik pengawas
9.3.           Membantu pengawas yang mempunyai masalah akademik
9.4.           Mengemaskini fail akademik pengawas
9.5.           Membuat analisis kecemerlangan prestasi akademik pengaws

10.          KETUA LATIHAN

10.1.        Membentuk unit kecil bagi setiap pengawas yang diketuai oleh seorang ketua.
10.2.        Membentangkan fungsi ketua unit dalam Mesyuarat LPS
10.3.        Menyediakan modul-modul latihan yang mampu menyerlah potensi pengawas dari aspek kepimpinan, kerjasama dan sebagainya.
10.4.        Membentuk kerjasama erat dengan Kaunselor dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
10.5.        Merangka latihan tertentu bagi penyediaan Ketua Pengawas dan AMT bagi sesi berikutnya.
10.6.        Memantau perkembangan pengawas percubaan sepanjang tempoh latihan.
10.7.        Menghantar laporan pemantauan terhadap individu mengikut keperluan Guru Penasihat LPS.   


* Bidang tugasan ini boleh berubah mengikut kehendak semasa Guru Penasihat LPS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan