PERLEMBAGAAN LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH
MENENGAH SERI TASIK, KUALA LUMPUR
Diperkenalkan pertama kali sebagai Perlembagaan
Rasmi LPS SMKST pada:
3 Januari 2012
SUSUNAN
PERKARA
Bahagian
1: Pelantikan Pengawas
Fasal 1: Penerimaan
Pengawas Baru
Fasal 2: Latihan
Kepimpinan Pengawas
Fasal 3: Bidang Kuasa
Pengawas
Fasal 4: Pakaian
Pengawas
Bahagian 2: Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas
Fasal 1: Ahli
Majlis Tertinggi (AMT)
Fasal 2: Ketua
Biro
Fasal 3: Bidang
Kuasa Ketua Biro
Bahagian 3: Pakaian dan Penampilan
Fasal 1: Etika
Pemakaian Pengawas
Fasal 2: Pakaian
Seragam Pengawas
Fasal 3:
Peraturan Memakai Blazer
Fasal 4:
Peraturan Aset Pengawas
Fasal 5:
Kekemasan Pengawas
Bahagian 4: Tugasan Pengawas
Fasal 1: Tugasan
Khusus
Fasal 2: Tugasan
Sampingan
Fasal 3: Tindakan
Disiplin
Bahagian 5: Tatatertib dan Kelakuan Pengawas
Fasal 1:
Tatatertib Pengawas
Fasal 2: Kualiti
seorang pengawas
Fasal 3:
Tanggungjawab Pengawas
Bahagian 6: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas
Fasal 1: Jenis
Kesalahan
Fasal 2:
Perbicaraan
Fasal 3: Hukuman
Bahagian 7: Persaraan Pengawas
Fasal 1: Tamat
Tempoh Tugas
Fasal 2: Masalah
Disiplin
Fasal 3:
Perletakan Jawatan
Fasal 4: Arahan
Ahli Majlis Pentadbiran
Bahagian 1: Pelantikan Pengawas
Fasal 1: Penerimaan Pengawas
Baharu
1.1 Dilantik dalam kalangan pelajar
tingkatan 1,2 dan 4 sahaja.
1.2 Pelajar tingkatan 3 boleh
dilantik menjadi pengawas sekiranya bilangan pengawas tidak mencukupi
1.3 Wajib melalui 2 sesi temuduga.
1.4 Temuduga pertama
dikendalikan oleh guru-guru pengawas / disiplin untuk memilih calon pengawas percubaan.
1.5 Temuduga kedua dikendalikan
oleh seorang guru pengawas / disiplin dan seorang Ahli Majlis Tertinggi LPS
untuk memilih calon pengawas percubaan yang layak dilantik sebagai pengawas
sekolah.
1.6 Kriteria perlantikan pengawas berubah
setiap tahun.
1.7 Guru pengawas berkuasa mengubah kriteria
perlantikan pengawas.
Fasal 2: Latihan Kepimpinan
Pengawas
2.1 Setiap pengawas yang baru
dilantik wajib menyertai dua jenis kem kepimpinan iaitu perkhemahan dalaman dan
perkhemahan luaran.
2.2 Pengawas baharu yang tidak
menyertai kedua-dua perkhemahan ini akan dilucutkan jawatan secara automatik.
2.3 Setiap pengawas percubaan wajib
mengikuti tempoh percubaan sekurang-kurangnya 1 bulan.
2.4 Guru Penasihat LPS berkuasa
untuk menentukan latihan kepimpinan yang sesuai.
2.5 Selagi mana latihan kepimpinan yang
diadakan tidak mengancam keselamatan fizikal dan tidak bertentangan dengan
hukum syarak Islam dan hukum agama-agama lain, semua pengawas wajib menyertai
latihan kepimpinan yang diadakan.
2.6 Pengawas yang tidak mengikuti mana-mana
latihan kepimpinan yang dijalankan perlu menyertakan surat tunjuk sebab atau dikenakan tindakan
tatatertib.
Fasal
3:
Bidang Kuasa Pengawas
3.1 Pengawas berhak menegur dan memberi
amaran kepada rakan pelajar.
3.2 Pengawas sama sekali tidak berhak
melaksanakan tindakan disiplin seperti rotan.
3.3 Pengawas tidak berhak menggunting rambut
pelajar melainkan atas perintah guru disiplin.
3.4 Pengawas dibenarkan mengenakan kompaun
serta merta terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin.
Bahagian 2: Hirarki Lembaga Pengawas Sekolah
Fasal 1: Ahli Majlis
Tertinggi
1.1 Diketuai oleh dua orang
guru penasihat diikuti oleh Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas,
Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari
1.2 Ketua Pengawas dipilih melalui pungutan
suara guru yang diadakan setiap tahun. Calon-calon ketua pengawas dipantau dan
dinilai sepanjang tempoh khidmat.
1.3 Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha,
Penolong Setiausaha dan Bendahari dilantik melalui perbincangan antara guru
penasihat Lembaga Pengawas dan Disiplin.
1.4 Ketua Pengawas dan Penolong Ketua
Pengawas berhak melantik Ketua Biro dibawah pengawasan Guru Penasihat LPS.
1.5 Ahli Majlis Tertinggi merupakan tulang
belakang utama dalam setiap aktiviti pengawas.
Fasal
2:
Biro dan Ahli Jawatankuasa
1.1 Bilangan Biro berubah mengikut kehendak
Ketua Pengawas dibawah persetujuan Guru Penasihat LPS
1.2 Ketua Biro dilantik melalui perbincangan
antara Guru Penasihat LPS dan Disiplin
1.3 Ahli jawatankuasa berhak dilantik
melalui perbincangan antara AMT dan Ketua Biro berpandukan potensi dan
kecenderungan seseorang pengawas
1.4 Merupakan tulang belakang utama dalam
setiap aktiviti pengawas.
Fasal 3: Bidang Kuasa Ketua
Biro
1.1 Berkuasa meminda dan menambah aktiviti
tahunan pengawas mengikut jawatan.
1.2 Wajib melaksanakan tugasan mengikut
jawatan yang dipegangnya.
1.3 Bertindak sebagai mentor kepada AJK
dibawah jagaannya.
1.4 Berhak memberi arahan kepada AJK
masing-masing.
1.5 Wajib
mengikut peraturan sekolah, sama seperti para pengawas dan pelajar yang lain.
Bahagian
3: Pakaian dan Penampilan
Fasal
1:
Etika Pemakaian Pengawas
1.1
Pakaian hendaklah bersih
dan kemas mengikut peraturan sekolah
1.2
Berpakaian lengkap
dengan tanda nama, lencana sekolah, lencana pengawas dan bertali leher pengawas
yang diikat rapi
1.3
Pengawas lelaki perlu
memasukkan kemeja ke dalam seluar, bertali pinggang biru gelap dan lengan baju
tidak dilipat kecuali di dalam kelas
1.4
Tali leher pengawas
tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan untuk dipakai
1.5
Tali leher dipakai tidak
terlalu labuh dan tidak pendek. Sebaiknya bersetentang
dengan pusat.
1.6
Pengawas perempuan tidak
dibenarkan melipat lengan tangan
1.7
Pengecualian bagi (digalakkan):
1.7.1 hari Rabu (hari Kokurikulum): pakaian uniform;
1.7.2 hari Khamis (hari 1 Murid 1 Sukan): pakaian sukan sekolah
1.8 Pengawas perlu mematuhi dan
akur dengan peraturan pemakaian pengawas selagi masih berada di kawasan sekolah
Fasal 2: Pakaian Seragam
Pengawas
2.1 Pengawas Lelaki
2.1.1 Baju lengan panjang
2.1.2 Bertali leher
2.1.3 Seluar panjang biru gelap
2.1.4 Ukurlilit kaki seluar tidak melebihi 42cm
2.1.5 Kasut dan stoking hitam
2.1.6 Segala aset pengawas
2.2 Pengawas Perempuan
2.2.1 Berbaju kurung biru dan
berkain biru gelap
2.2.2 Bertudung biru dan melepasi
paras bahu
2.2.3 Anak tudung berwarna hitam
2.2.4 Pengawas non-Muslim boleh memakai kemeja lengan panjang dan
bertali leher dengan skirt labuh / pendek melepasi paras lutut
2.2.5
Kasut dan stoking berwarna hitam
2.2.6 Pada hari Jumaat, digalakkan memakai kain batik sekolah
Fasal 3: Peraturan Memakai
Blazer
3.1 Blazer hanya boleh dipakai ketika
majlis rasmi sekolah, perhimpunan rasmi dan sepanjang waktu persekolahan pada
hari Isnin.
3.2 Hendaklah sentiasa
dibutangkan dan dipakai lengkap dengan pakaian seragam sekolah dan bertali
leher.
3.3 Penggunaan blazer hanya
untuk dipakai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Sekolah sahaja.
3.4 Urusan peminjaman blazer
oleh anggota pengawas atau bukan pengawas, hendaklah terlebih dahulu mendapat
persetujuan Guru Penyelaras Lembaga Pengawas.
3.5 Blazer perlu sentiasa
disimpan rapi di Bilik Gerakan Pengawas. Kecuali mendapat persetujuan Guru
Penyelaras Lembaga Pengawas untuk membawa keluar dari bilik tersebut.
3.6 Sekiranya berlaku kejadian
di luar jangkaan seperti kecemasan, blazer boleh diserahkan kepada pengawas
yang bertanggungjawab untuk mengembalikannya ke tempat asal.
3.7 Semasa sesi Pengajaran dan
Pembelajaran sedang berjalan, pengawas dibenarkan untuk memakai atau
menanggalkan blazer.
3.8 Menghormati blazer dan memastikan kekemasan
blazer dijaga.
3.9 Lengan blazer tidak boleh dilipat atau
digulung.
Fasal 4: Peraturan Aset
Pengawas (Lencana, Pen, Buku Nota dan Jam)
4.1 Setiap pengawas perlu sentiasa memakai
lencana pengawas
4.2 Pengawas perlu mempunyai
sekurang-kurangnya sebatang pen yang dapat berfungsi, sebuah buku nota bersaiz
kecil dan jam (tepat mengikut jam loceng sekolah).
4.3 Pastikan tiada sebarang tulisan di dalam
buku nota pengawas kecuali kesalahan pelajar sahaja.
4.4 Sekiranya buku nota pengawas sudah nipis
(kurang daripada 3 helai), sila gantikan dengan buku nota yang baharu secepat
mungkin.
Fasal
5:
Kekemasan Pengawas
5.1
Rambut :
5.1.1
Perlulah sentiasa bersih dan kemas
5.1.2 Tidak dibenarkan mengerinting, mewarna atau menggunakan gel pada rambut
5.1.3
Panjang rambut tidak melebihi paras yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia . Istilah rambut panjang
adalah seperti berikut:
(a)
Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan
di bawah cuping telinga
(b) Di depan : Rambut menutup garisan
tengah dahi
(c) Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua
telinga atau sebahagian daripadanya dan ‘side burn’ melebihi garisan tengah
hidung
(d) Di atas : Rambut lebih daripada
6 inci / 15cm panjang
5.1.4 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa
5.1.5
Murid perempuan Islam digalakkan memakai
tudung / mini telekung
5.2
Misai dan Janggut :
Pengawas
tidak boleh menyimpan misai atau janggut atau jambang atau ketiga-tiganya
sekali.
5.3
Kuku :
Pengawas perlu berkuku pendek dan
dilarang memakai pewarna, pengilat dan inai.
Bahagian
4: Tugasan Pengawas
Fasal
1:
Tugasan Khusus
1.1 Tugasan khusus ialah tugasan utama
seseorang pengawas dalam waktu yang ditetapkan seperti waktu perhimpunan pagi,
rehat dan sebagainya.
1.2 Tugasan seperti spot check, menyambut
tetamu, mengendalikan perhimpunan dan menjaga laluan masuk pelajar juga merupakan
tugasan khusus seorang pengawas.
Fasal
2:
Tugasan Sampingan
2.1 Tugasan sampingan seorang pengawas
adalah seperti membantu guru-guru.
2.2 Pengawas wajib membantu guru-guru dalam
hal-hal disiplin.
2.3 Pengawas berhak tidak membantu guru
sekiranya proses pembelajaran sedang berlangsung.
Fasal
3:
Tindakan Disiplin
3.1 Tindakan disiplin pengawas
akan diambil sekiranya didapati tidak menjalankan tugas.
3.2 AJK yang bertanggungjawab
mengumpul bahan bukti adalah AJK Disiplin dan AJK Kebajikan.
3.3 Pengawas yang tidak
bertugas selama 3 kali tanpa sebab akan diberi surat amaran pertama. Sekiranya
perbuatan tidak bertanggungjawab ini diulangi, Ahli Majlis Tertinggi berhak mempengaruhi
Guru Penasihat untuk melucutkan jawatan pengawas tersebut
3.4 Pengawas yang telah
dilucutkan jawatan tidak boleh dilantik semula sebagai pengawas.
Bahagian 5: Tatatertib dan Kelakuan Pengawas
Fasal 1: Tatatertib Pengawas
1.1
Pengawas merupakan wakil
guru dan pelajar sekolah ini serta perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan
cekap dan bijak.
1.2
Sebagai seorang pengawas, mereka harus
membimbing pelajar ke arah yang betul.
1.3
Pengawas harus menjaga imej Lembaga Pengawas
dan sekolah dari semasa ke semasa serta tidak menyebarkan fitnah atau khabar
angin yang memburukkan nama dan imej sekolah atau menggalakkan orang lain
berbuat demikian.
1.4
Pengawas harus mengutamakan tugas dan
tanggungjawabnya dalam apa jua keadaan. Sekiranya seseorang pengawas tidak
dapat menjalankan tugasnya atas sebab-sebab yang munasabah, dia harus mendapat
kebenaran daripada Ketua Pengawas atau Ahli Majlis Tertinggi yang lain.
1.5
Pengawas tidak boleh menyalahgunakan
kuasanya.
1.6
Seseorang pengawas dilarang berkelakuan tidak
senonoh dengan pelajar lain kerana dia harus sentiasa sedar akan
tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas sekolah.
1.7
Seseorang pengawas
dilarang bersikap berat sebelah.
1.8
Seseorang pengawas
dilarang berkelakuan buruk di dalam kelas. Nasihat Ketua Tingkatan mesti
dipatuhi dan pengawas seharusnya membantu Ketua Tingkatan mengawal keadaan
kelas.
1.9
Seseorang pengawas haruslah peka sepanjang
masa. Walaupun tidak bertugas, pengawas haruslah sentiasa memerhati keadaan
disiplin sekolah.
1.10
Pengawas harus bersopan dan bertegur sapa
dengan guru-guru serta bersikap ringan tulang membantu guru apabila diperlukan.
1.11
Pengawas perlu menyokong segala aktiviti
Lembaga Pengawas Sekolah.
Fasal
2:
Kualiti seorang pengawas
2.1
Akauntibiliti
2.2
Ketepatan masa
2.3
Tegas dan Berani
2.4
Pantas dan Bijak
2.5
Peka dan Inisiatif
2.6
Adil
2.7
Boleh dipercayai
Bahagian
6: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas
Fasal 1: Jenis Kesalahan.
1.1 Tingkah laku jenayah
1.2 Tingkah laku lucah
1.3 Tingkah laku kekemasan diri
1.4 Tingkah laku tidak mementingkan masa
1.5 Tingkah laku kurang sopan dan tidak
bertanggungjawab
1.6 Tingkah laku musnah
1.7 Tingkah laku tidak jujur
1.8 Ponteng
Fasal 2: Perbicaraan
2.1 Semua pengawas yang telah
mengumpul 20 mata demerit dan ke atas akan dilucutkan jawatan secara automatik.
2.2 Pengawas yang melakukan
kesalahan disiplin serius seperti bergaduh dan merokok, berhak dilucutkan
jawatan oleh pihak pentadbir Sekolah, Lembaga Pengawas dan Lembaga Disiplin.
2.3 Pengawas yang sudah menerima lebih
daripada satu surat
amaran daripada Lembaga Pengawas akan dilucutkan jawatannya
2.4 Pengawas yang dilucutkan jawatan tidak
boleh menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pengawas seperti spot
check.
Fasal
3:
Hukuman
3.1 Pengawas yang melakukan kesalahan
disiplin akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hukuman tersebut adalah dua kali
ganda daripada murid-murid yang lain. Contohnya, jika seseorang murid dikenakan
denda RM0.10 kerana kesalahan satu jari kuku panjang, seseorang pengawas
dikehendaki membayar RM0.20 atas kesalahan yang sama.
3.2 Pengawas yang didapati bersubahat dengan
murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin akan menerima hukuman yang berlipat
kali ganda daripada murid - murid tersebut.
3.3 Pengawas yang melakukan kesalahan serius
dan mengumpulkan 20 mata demerit ke atas akan dilucutkan jawatan serta di
gantung sekolah mengikut budi bicara pihak pentadbir.
Bahagian
7: Persaraan Pengawas
Fasal
1:
Tamat Tempoh Tugas
1.1 Secara umum, setiap pengawas akan
menamatkan tempoh tugasan mereka seiring dengan tamatnya tempoh persekolahan
mereka di SMKST.
1.2 Setiap pengawas akan diberikan sijil
penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka sepanjang menjadi seorang
pengawas.
1.3 Sijil Penghargaan daripada Lembaga
Pengawas hanya diberikan kepada pengawas yang menamatkan persekolahan di
tingkatan 3 dan 5 sahaja.
1.4 Nama jawatan yang disandang hanya
disebut dalam Sijil Penghargaan bagi Ahli Majlis Tertinggi Lembaga Pengawas
sahaja.
Fasal
2:
Masalah Disiplin.
2.1 Bagi pengawas yang terlibat dengan
masalah disiplin yang serius, mereka akan dilucutkan jawatan dan tidak akan
menerima sebarang sijil daripada Lembaga Pengawas.
2.2 Bagi pengawas yang telah mengumpul 20
mata demerit dan ke atas, mereka dibenarkan membuat rayuan dan permohonan
daripada Lembaga Pengawas untuk mendapatkan sijil.
2.3 Pengawas Percubaan yang mengumpul 20
mata demerit dan ke atas adalah tidak layak untuk menjadi seorang pengawas dan tidak
akan dilantik sama sekali untuk menjadi seorang pengawas
2.4 Guru Penasihat Lembaga Pengawas berhak
menahan pemberian Sijil Penghargaan kepada pengawas, sekiranya berlaku
ketidakpuashatian terhadap mutu kerja dan tahap disiplin pengawas.
Fasal 3: Perletakan Jawatan
3.1 Pengawas Percubaan yang tidak memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pengawas dibenarkan meletak jawatan
atau menarik diri daripada Badan Pengawas.
3.2 Pengawas perlu mengemukakan surat perletakan jawatan
rasmi sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh berkuatkuasa atau dikenakan
denda sebanyak RM50..
3.3 Setiap pengawas yang tidak
dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik akan diminta untuk mengemukakan
surat perletakan jawatan. Sekiranya pengawas tersebut mempunyai masalah
peribadi, boleh mengemukakan surat tunjuk sebab supaya tidak diberi
tanggungjawab yang membebankan.
3.4 Pengawas yang mengumpul 20
mata demerit dan ke atas boleh meletak jawatan secara sukarela sebelum mereka
dilucutkan jawatan.
3.5 Sebarang permohonan
perletakan jawatan akan dikira diterima sekiranya mendapat maklumbalas surat
penerimaan perletakan jawatan daripada Guru Penasihat LPS.
3.6 Guru Penasihat LPS berhak
menangguh perletakan jawatan pengawas mengikut keperluan semasa.
Fasal 4: Arahan Ahli Majlis
Pentadbiran
4.1 Pihak Pentadbir Sekolah berhak
melucutkan jawatan seseorang pengawas.
4.2 Pengawas boleh membuat rayuan kepada
Pengetua / Guru Kanan HEM / Guru Disiplin / Guru Penasihat Lembaga Pengawas
sekiranya mereka didapati terlibat dengan sesuatu kesalahan berat /
mengumpulkan 20 mata demerit dan ke atas.
4.3 Sesuatu keputusan Lembaga Pengawas
Sekolah dan AMT yang melibatkan disiplin pengawas hendaklah dibincangkan
bersama pihak pentadbir sekolah.
4.4 Semua keputusan yang telah dibuat adalah
muktamad dan hendaklah dipatuhi.

Jazakallahu ... Semoga Allah membalas dengan sebaik2 ganjaran..atas sumbangan usaha dan inisiatif cikgu2.. kreatif dan kritis hasil idea ni... minta izin share ye..cikgu untuk kebaikan kolektif
BalasPadamMohon dikongsi untuk panduan di sekolah kami. T.kasih
BalasPadammohon dikongsi untuk panduan untuk skolah kami. sangat bermanfaat
BalasPadammohon untuk kongsi bersama sama
BalasPadammohon untuk kongsi bersama sama
BalasPadamsgt bagus dan bermanfaat. Mohon utk dikongsi.
BalasPadammohon keizinanuntuk dikongsi cikgu. Semoga Allah merahmati cikgu dan LPS SM Seri Tasik
BalasPadamamat berguna. mohon untuk dikongsi bersama sama. insha allah. terima kasih
BalasPadammohon untuk dikongsi cikgu.terima kasih
BalasPadamMohon kongsi cikgu. terima kasih banyak. moga dapat menjadi sumber rujukan yang baik.
BalasPadamT Kasih Jazakallah. Mohon Izin ceduk idea untuk kegunaan sekolah.
BalasPadam